Ilmu tasauf.

*ILMU TASAUF UNTUK YANG SALIK*
(Sumber dari Ibnu Maarof)

*🔏Tasawuf yang hakiki bukannya pada kitab,kitab itu hanyalah sebagai panduan.Ilmu Tasawuf yang hakiki ialah apabila kamu berada di bawah dagu seorang syeikh yang benar.Kamu menyerah diri kepadanya dengan penuh ketaatan,adab,dan khidmat.Pendidikan Tasawuf adalah pendidikan secara langsung,ilmu dari dada seorang syeikh diturunkan terus kedada muridnya.Murid akan di nasihati secara lembut dan kadang kadang secara keras.Ada ketika murid dimarahi dan dikenakan hukuman ,adakala ia faham dan adakal ia bingung .Apabila Nabi Musa a.s memohon untuk belajar dengan Nabi Khidir a.s,Nabi Musa a.s diberi syarat tertentu dan pelajarannya ialah dengan mengikuti Nabi khidir a.s berjalan.Ilmu yang di ajar adalah dengan cara murid terus bergaul ,bukannya dengan pengajaran kitab.*

*🔏Begitu juga apabila Imam Ghazali rahimahullah menuntut ilmu dengan Syeikh Ali Farmadi .Ilmu yang di ajar bukannya melalui kitab tetapi kandang kuda syeikhnya menjadi madrasah pendidikan kepada Imam Ghazali.Beliau disuruh berkhidmat membasuh kandang kuda syeikhnya setiap hari sehingga Imam Ghazali mendapat pancaran kerohanian dengan hal tersebut.*

*🔏Mereka yang datang untuk menuntut ilmu ini adalah orang orang yang ingin dirinya dibetulkan ,cinta dirinya dikritik ,cinta dirinya di hukum dan takut kepada Allah.Benci ditegur adalah sifat kesombongan .Jiwa yang ingin memilihara kesombongan tidak layak berada di dalam madrasah sufi.Bukan semua manusia boleh belajar sufi ,hanya jiwa jiwa yang ingin membersihkan diri sahaja sanggup menempuhnya.*

*🔏Madrasah sufi adalah madrasah mereka yang mencari diri,mencari kefakiran.Mereka mahu mengenal diri dan mendekatkan diri kepada Tuhan.Mereka sedar bahawa mereka buta dengan Tuhan dan lalai dengan Nya.Justeru,mereka sanggup membuang pakaian kesombongan diri di pintu rumah syeikhnya .Mereka tidak datang kepada syeikhnya dengan pakaian sebagai orang alim,pakaian ahli ibadah,pakaian ahli kerohanian ,pakaian ahli batin,pakaian ahli dunia,pakaian ahli istana.Mereka datang dalam keadaan kosong dan mereka ini layak mendapat ilmu.*

*🔏Inilah rahsia kenapa Nabi Khidir a.s menyuruh Nabi Musa a.s mengosongkan dirinya dari segala ilmu jika mahu belajar dengannya.Nabi Musa a.s perlu diam dan tidak boleh bertanya walau sepatah pun.Ini bukan bermakna dalam pendidikan tasawuf ,seorang alim itu perlu menjadi jahil tetapi apa yang dimaksudkan ialah walaupun ia alim dalam ilmunya,ia mestilah bertawadu dan menjadi jahil dalam ilmu yang tidak ia ketahui.Inilah yang diperintah oleh Allah swt dalam Al Quran,*

*🔏“Maka bertanyalah kepada orang orang yang berilmu(yang ahli),jika kamu tiada mengetahui”(Al Anbiya`:7)*

*🔏Jika hendak berguru dengan seorang yang dianggap alim dalam latihan nafsu,dia perlu mentaatinya untuk penyembuhan nafsunya.jika dia merasa sudah pandai dan nafsunya sudah baik,tidak perlu dia mencari mursyid kerana itu hanya membuang masa.Tetapi jika benar dia mentaatinya ,dia akan mendapat natijah yang hebat sehingga keilmuannya bertambah,memiliki hikmah yang tinggi dalam setiap pembicaraan dan penghuraian seperti Imam Ghazali ,Syeikh Abdul Qadir al jailani,Shah Waliyullah dan lain lain lagi.*

*🔏Ulama Ulama dahulu amat tawadu,walaupun diri mereka bergelar ulama dan mujtahid,mereka tetap mencari Syeikh dalam bidang rohani untuk mendapatkan bimbingan .Sebagaimana Iman Ghazali dengan Syeikhnya Ali Farmadi.Imam Syafie pula sering datang kepada Asy Syaiban,seorang pengembala kambing.Beliau duduk dihadapannya seperti seorang pelajar duduk di dalam kelas,lalu ia bertanya bagaimana itu dan ini?Kemudian seseorang berkata kepada Imam Syafie,”Orang inikah (Badwi)anda bertanya kepadanya?’’.Beliau menjawab “Sesungguhnya orang ini mengetahui sesuatu yang aku tidak ketahui.”.*

*🔏“Anakku,kamu harus duduk bersama orang orang sufi,kerana mereka adalah mata air ilmu dan mereka tetap mengingati Allah dalam hati mereka.Mereka orang orang zuhud dan memiliki kekuatan rohani yang tinggi”Tanwirul Qulub,Syaikh Amin Al Kurdi.*