Dr Zakir Naik.

➡ADAKAH ZAKIR NAIK BERFAHAMAN WAHHABI❓

Jawapan: Untuk mengenali seseorang itu adalah berfahaman Wahhabi atau tidak, maka kita perlu tahu tentang aqidah dan manhajnya dengan bukti supaya kita tidak memfitnahnya. Ramai masyarakat sekarang bertanya soalan ini: BETUL KE ZAKIR NAIK WAHHABI?

Jika hendak menjawab soalan ini secara ilmiah dan bukan dengan sesuka hati, maka di sini kita bawakan beberapa perkara yang membuktikan bahawa Zakir Naik adalah seorang yang berfahaman Wahhabi dan dia cuba menyembunyikan fahamannya sendiri dengan berkata: “Tidak ada mazhab dalam Islam”, sedangkan dia sendiri mengikut fahaman Muhammad bin Abdul Wahab iaitu pengasas pergerakan Wahhabi.

Ini antara bukti-bukti bahawa dia adalah berfahaman Wahhabi dan manhajnya bercangah dengan manhaj ulama Melayu yang berfahaman Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah👇

1⃣AQIDAH YANG DISEPAKATI OLEH AHLIS-SUNNAH WAL-JAMA^AH; ALLAH ADA TANPA TEMPAT:

✔Antara ulama Melayu yang masyhur ialah Syaikh Zainal-^Abidin ibn Muhammad al-Fatoni yang terkenal dengan “Tuan Minal Fatoni”, dia berkata dalam kitabnya yang berjudul Irsyadul-^Ibad ila Sabilir-Rasyad: “Jika berkata bagi engkau oleh yang berkata: di mana Allah? Maka jawapannya: TIADA IA PADA TEMPAT”.

✖Zakir Naik berkata: Allah ada di langit atas Arasy dan kerana itu kita mengangkat tangan ke langit apabila berdoa.

Lihat kenyataannya ini yang terdapat dalam dua pautan berikut:

Di Malaysia: https://m.youtube.com/watch?v=6Xv8pD69DTc

Di tempat lain:
https://youtu.be/xeZGwUm5_xI

2⃣BACAAN AL-QURAN UNTUK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA:

✔Al-Imam al-Suyuti menukilkan kesepakatan 4 mazhab tentang keharusan membaca Qur’an bagi yang mati dan bahawasanya si mati dapat manfaat dengan bacaan al-Quran.

✖Zakir Naik berkata: Membacakan Quran bagi orang yang telah mati adalah bidaah sesat dan tak ada dalil baginya.

Lihat kenyataannya pautan berikut:

3⃣BERTAWASUL DENGAN NABI:

Setiap Jumaat di masjid-masjid di Selangor khatib berkata apabila berdoa;
اللهم إنا نتوسل إليك بنبيك الأمين
Maknanya: “Ya Allah, kami bertawassul dengan nabi kamu yang bersifat amanah”.

Ada hadith membuktikan Rasulullah mengajar tawassul kepada sahabatnya iaitu hadith yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Tobaroni dan selainnya dan ada 16 orang ulama hadith yang bertaraf hafiz hadith berkata hadith itu sohih.

✖Zakir Naik berkata: Bertawasul dengan nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah amalan syirik.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

4⃣SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL:

Di Malaysia Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah yang terdiri daripada sultan-sultan, masyarakat dan kerajaan menyambut Maulidur-Rasul setiap tahun. Amalan ini adalah bidaah yang baik sepertimana yang dinaskan oleh al-Hafiz Ibn Dihyah, al-Hafiz al-Suyuti, al-Hafiz al-Sakhawi ulama al-Azhar dan lain-lain.

✖Zakir Naik berkata: Sambutan Maulidur-Rasul صلى الله عليه وسلم adalah bidaah yang membawa kepada neraka.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

https://m.youtube.com/watch?v=wC90bc4m6gQ

5⃣TAUHID:

AhlisSunnah wal-Jama^ah termasuk ulama Melayu seperti Syaikh Daud al-Fatoni, Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatoni, Tok Kenali, Mufti Banjar di kurun 12 hijri Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Mufti Acheh di kurun 11 hijri Syaikh Nurud-Din al-Raniri dan lain-lain, mereka mengajar sifat 20.

✖Zakir Naik mengajar aqidah Wahhabi yang membahagikan Tauhid kepada tiga.

Lihat kenyataannya pada pautan berikut:

📌 Bagi seseorang yang tahu apakah itu wahhabi tidak syak lagi Zakir Naik itu Wahhabi.
ZAKIR NAIK VS AL QURAN DAN HADITH SAHIH

1) Seorang pendakwah tidak sepatutnya berbohong dan berani mengatakan tiada langsung dalam ayat al Quran dan hadith mengenai tawassul

Lihat video Zakir Naik mengenai tawassul – https://www.youtube.com/watch?v=1HZ3MCywWhI&nohtml5=False

2) Minit 0.27 Mana-mana ulamak katakan mesti sertakan bukti.

– Nah sekarang kami menyiasat adakah apa yang dikatakan zakir naik benar ataupun tidak. Ada bukti atau tidak.

3) Minit 1:36 – Zakir Naik mengatakan dalam al Quran tak lebih dari 25 tempat surah al Baqarah dan Surah ali Imran, beberapa tempat iaitu wasilah (tawassul) HARAM.

JAWAPAN KAMI

– Tidak disebutkan ayat apa dan nombor berapa. (TIADA BUKTI !)
– Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama’ah telah menemui Zakir Naik bertanyakan juga perkara ini – https://www.youtube.com/watch?v=LTlnCpUnxIE

AYAT ALQURAN MENGENAI TAWASSUL :

ALlah menyebutkan kata wasilah di dalam kitab suciNya yang mulia di dalam 2 ayat. Pada ayat pertama ALlah menunrunkan perintah melakukannya. ALlah berfirman yang bererti :

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALlah subahanahu wata’ala dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya (Al Maidah :35)

Pada ayat yang kedua, ALlah memuji orang-orang yang bertawasul kepadaNya dalam doa seruan mereka. ALlah subahanahu wa ta’ala berfirman yang bererti :

Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan (wasilah) kepada Tuhan mereka, siapakah di antara mereka yang lebih dekat (kepada ALlah) dan mengharapkan rahmatNya dan takut akan azabNya. Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang amat (harus) ditakuti” (Al Isra’ : 57)

HADITH SAHIH :

Kisah meminta hujan di sisi maqam Nabi Muhammad sallaLLahu ‘alaihi wasallam pada zaman khalifah saidina Umar bin Khattab radiyaLlahu ‘anhu. Diriwayatkan dari Malik al Dar radiyaLlahu ‘anhu, dia adalah bendahara Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu, dia berkata; ..kekeringan (kemarau) teruk telah melanda kehidupan manusia di zaman Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu. Lalu seorang lelaki datang ke maqam Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam dan berkata :

“Wahai RasuluLlah (sallaLLahu ‘alaihi wasallam) mintakan hujan untuk umatmu kerana mereka sungguh telah binasa (menderita).” Rupa-rupanya RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah menjumpainya dalam mimpi dan bersabda, “Datanglah kepada Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu dan sampaikan salamku kepadanya dan beritahukan bahawa mereka akan dilimpahkan hujan. Katakan kepadanya : Maka hendaklah kamu bijaksana, bijaksana (cerdas dan tepat dalam membuat keputusan).’ Lelaki itu datang kepada Saidina Umar radiyaLLahu ‘anhu dan menyampaikan kepadanya perihal itu. Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu berkata, “Ya Tuhanku, aku tidak lalai (iaitu selalu bersungguh-sungguh) kecuali apa yang aku tidak mampu,”

(Hadith riwayat Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, vol 6, hlm 356; dan Ibnul Abdul Barr, Al Isti’ab, vol 3, hlm 1149)

Hadith ini sohih; dinyatakan sohih oleh Al Hafizh Ibnu Hajar al Asqalani dengan tegas dalam perkataannya, “Dan Ibnu Abi Syaibah radiyaLLahu ‘anhu meriwayatkan dengan sanad sohih dari riwayat Saleh Al Samman dari Malik Al Dar radiyaLLahu ‘anhu dia berkata;

“Kekeringan (kemarau) teruk telah melanda kehidupan manusia di zaman Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu. Lalu ada seorang lelaki datang ke maqam Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Wahai RasuluLlah mintakan hujan untuk umatmu kerana mereka sungguh telah binasa (menderita). Rupa-rupanya RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah menjumpainya di dalam mimpi dan bersabda, “Datanglah kepada Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu…”, hadith selengkapnya…”

Daripada Saif radiyaLLahu ‘anhu di dalm kitab “Al Futuh” meriwayatkan bahawa orang yang bermimpi tersebut adalah Bilal bin Harits Al mUzani radiyaLLahu ‘anhu, salah seorang Sahabat Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam .. – (Al HAfizh Ibnu Hajar, Fathul Bari, vol 2, hlm 495 dan 496)

Rangkuman jawapan di sini :

SALAFUSSOLEH DAN ALIM ULAMAK YANG BERTAWASSUL :

4) Zakir Naik kata dalam dunia anda tak boleh minta, jika minta terus minta pada Allah.

Minit 2:55 – Zakir Naik gunakan logik akal – di mahkamah, Allah Maha Mengetahui tanpa perlu kepada peguam.

JAWAPAN KAMI :

– Buat apa ada mahkamah untuk bicarakan kes jenayah ? , Mengapa Dr ini tidak terus minta kepada Allah menghakimi tanpa perlu ada mahkamah ciptaan manusia. Anologi ciptaan Zakir Naik sangat berbelit untuk mengaitkan dengan tawassul.

– Padahal tawassul (cara berdoa) dan kelebihan Allah berikan kepada hambaNya yang terpilih sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia terdiri dari para anbiya’, orang soleh dan alim juga adalah pemberian dari Allah Yang Maha Mengetahui dan Dialah juga yang memakbulkan doa hambaNya.

5) Zakir Naik kata boleh pula meminta doa dari orang yang hidup ?.

JAWAPAN KAMI :

– Padahal tiada beza, bila meminta orang yang hidup doakan sama juga sebenarnya kita telah menggunakan PERANTARA, mengapa tidak minta terus kepada Allah ?. Yang penting adalah i’tiqad bahawa Allah lah yang berkuasa memakbulkan doa, tawassul hanya satu bentuk cara berdoa dan ia telah diamalkan oleh salafussoleh dan alim ulamak zaman berzaman.

6) Zakir Naik mengatakan TIDAK BOLEH minta orang mati mendoakan.

JAWAPAN KAMI :

HADITH SAHIH

Hadith “Bantulah wahai para hamba ALLah subhanahu wa ta’ala” Diriwayatkan dari Saidina Ibnu Abbas radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda :

“sesungguhnya ALLah subahanahu wa ta’ala mempunyai para malaikat di bumi selain para malaikah hafazhah. Mereka menulis setiap apa yang terjatuh dari pangkal pohon. Maka, jika salah seorang kalian tertimpa kesulitan (tersesat jalan) di tengah hutan, hendaklah ia menyeru: “Bantulah, wahai para hamba ALLah subahanahu wa ta’ala…

(Hadith riwayat Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, vol 6 hlm 91; Baihaqi, Syu’ab Al Iman, vol I hlm 183; dan disebutkan oleh Al Haithami di dalam kitab Majma’ Az Zawaid, vol 1, hlm 132).

Al Hafizh Al Haithami memberikan pendapat (pandangan) terhadap sanadnya. “Hadith ini telah diriwayatkan oleh Thobrani dan para tokoh periwayatnya adalah orang-orang thiqah (terpercaya). (Al Haithami, Majma’ az Zawaid, vol 10, 132)

Dalam hadith ini terdapat dalil yang menunjukkan tentang meminta pertolongan kepada makhluk-makhluk yang tidak boleh kita lihat, seperti para malaikat. ALLah subahanahu wa ta’ala menjadikan mereka SEBAB dalam membantu kita dan kita boleh bertawassul dengan mereka kepada Tuhan kita dalam mencapai tujuan. Tidaklah jauh jika nak dibandingkan dengan para malaikat ini roh-roh orang yang soleh, kerana roh-roh mereka adalah jasad-jasad nurani yang tetap ada di alamnya sendiri. – Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

– Imam Ahmad bin Hanbal bertawassul kepada Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam [rujuk fatwa Ibnu Taimiyyah – dalam fatwanya 1/140 dan juga dalam Al-Insaf fi Ma`rifat Al-Rajih min Al-Khilaf `ala mazhab al-Imam al-Mubajjal Ahmad ibn Hanbal oleh Ala’ al-Din al-Mardawi 3:456]

– Imam asy Syafie sendiri bertabarruk di sisi kubur Imam Abu Hanifah, dan dengan izin Allah doanya dimakbulkan Allah. – kitab Manqib Abu Hanifah juz 2 halmana 199, juga disebutkan dalam kitab al-Khairat al-Hisaan, Ibnu Hajar al-Haitsami dalam konteks berhujjah pada halaman 69.

– Imam Malik – Seperti yang disebutkan oleh Al Allamah Ibn Hajar dalam Al Jauhar al Munazhzham dan Al Asqolani dalam Al Mawahib al Laduniyyah, dan As Samhudi dalam Khulashah al Wafa’ dan al Qadhi Iyadh dalam asy Syifa’ dengan sanad yang sahih dan selain dari mereka pun menyebutkan perkara yang sama.

Dan ramai lagi alim ulamak muktabar mengamalkannya. Mereka hakikatnya meminta kepada Allah dan bertawassul adalah satu cara untuk berdoa kepada ALlah.

7) Zakir Naik – Mengaitkan bertawassul seperti itu adalah syirik. Tawassul baginya sama seperti menyembah Nabi ?

JAWAPAN KAMI :

Peringatan keras daripada Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wasallam melarang mengkafir dan mensyirikkan saudara seIslam tanpa hak :

Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

“Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya ”

Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.

(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

“Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya.”

*Memang benarlah peringatan Ulamak India dan Pakistan tentang bahaya ajaran Zakir Naik.

Seorang pendakwah kerjanya bukan mengIslamkan yang belum memeluk Islam dan kemudian MENGKAFIRkan saudara seIslam. MengIslamkan orang yang bukan Islam itu baik, tetapi mengkafirkan saudara seIslam itu jenayah yang berat di sisi Allah dan RasulNya.

Sebab itu pentingnya duduk bersama para alim ulamak dalam majlis ilmu, jangan memandai-mandai dalam mengeluarkan hukum.

Ramai sebenarnya yang menjalankan tugas dakwah di Malaysia dan seantero dunia serta mengIslamkan ribuan yang belum memeluk Islam tanpa perlu memandai-mandai keluarkan hukum serta mengkafirkan saudara seIslam . Mereka tidak terkenal pada pandangan manusia, tetapi terkenal di sisi Allah.
MAULIDUL RASUL – BEZA SHEIKH AHMAD DEEDAT DAN ZAKIR NAIK

Sheikh Ahmad Deedat tidak membid’ahkan sambutan Maulidul Rasul. Lihat jawapannya semasa ditanya oleh penganut Wahhabi mengenai Maulidul Rasul.

Zakir Naik membid’ahkan sambutan Maulidul Rasul.

Kaedahnya persis cara Wahhabi. Maka tidak hairan Ulamak di India dan Pakistan (Deobandi) menolak ajaran Zakir Naik dan mengingatkan umat Islam akan bahayanya kerana memandai-mandai mencampuri urusan hukum hakam sedangkan beliau tidak berkredibiliti untuk melaksanakannya.

Zakir Naik tidak maksum, beliau mungkin pendakwah yang berjaya mengIslamkan orang kafir, dan kerja pendakwah juga bukan mengkafirkan dan menyesatkan Umat Islam.

*MAZA dahulu terhegeh-hegeh minta sanad hadith daripada ulamak deobandi semasa berada di India, sekarang fatwa deobandi pula dilanggarnya ? Memang tak tahu malu.

REKOD MERAH DR ZULKIFLI AL BAKRI

Ilmu tasauf.

*ILMU TASAUF UNTUK YANG SALIK*
(Sumber dari Ibnu Maarof)

*🔏Tasawuf yang hakiki bukannya pada kitab,kitab itu hanyalah sebagai panduan.Ilmu Tasawuf yang hakiki ialah apabila kamu berada di bawah dagu seorang syeikh yang benar.Kamu menyerah diri kepadanya dengan penuh ketaatan,adab,dan khidmat.Pendidikan Tasawuf adalah pendidikan secara langsung,ilmu dari dada seorang syeikh diturunkan terus kedada muridnya.Murid akan di nasihati secara lembut dan kadang kadang secara keras.Ada ketika murid dimarahi dan dikenakan hukuman ,adakala ia faham dan adakal ia bingung .Apabila Nabi Musa a.s memohon untuk belajar dengan Nabi Khidir a.s,Nabi Musa a.s diberi syarat tertentu dan pelajarannya ialah dengan mengikuti Nabi khidir a.s berjalan.Ilmu yang di ajar adalah dengan cara murid terus bergaul ,bukannya dengan pengajaran kitab.*

*🔏Begitu juga apabila Imam Ghazali rahimahullah menuntut ilmu dengan Syeikh Ali Farmadi .Ilmu yang di ajar bukannya melalui kitab tetapi kandang kuda syeikhnya menjadi madrasah pendidikan kepada Imam Ghazali.Beliau disuruh berkhidmat membasuh kandang kuda syeikhnya setiap hari sehingga Imam Ghazali mendapat pancaran kerohanian dengan hal tersebut.*

*🔏Mereka yang datang untuk menuntut ilmu ini adalah orang orang yang ingin dirinya dibetulkan ,cinta dirinya dikritik ,cinta dirinya di hukum dan takut kepada Allah.Benci ditegur adalah sifat kesombongan .Jiwa yang ingin memilihara kesombongan tidak layak berada di dalam madrasah sufi.Bukan semua manusia boleh belajar sufi ,hanya jiwa jiwa yang ingin membersihkan diri sahaja sanggup menempuhnya.*

*🔏Madrasah sufi adalah madrasah mereka yang mencari diri,mencari kefakiran.Mereka mahu mengenal diri dan mendekatkan diri kepada Tuhan.Mereka sedar bahawa mereka buta dengan Tuhan dan lalai dengan Nya.Justeru,mereka sanggup membuang pakaian kesombongan diri di pintu rumah syeikhnya .Mereka tidak datang kepada syeikhnya dengan pakaian sebagai orang alim,pakaian ahli ibadah,pakaian ahli kerohanian ,pakaian ahli batin,pakaian ahli dunia,pakaian ahli istana.Mereka datang dalam keadaan kosong dan mereka ini layak mendapat ilmu.*

*🔏Inilah rahsia kenapa Nabi Khidir a.s menyuruh Nabi Musa a.s mengosongkan dirinya dari segala ilmu jika mahu belajar dengannya.Nabi Musa a.s perlu diam dan tidak boleh bertanya walau sepatah pun.Ini bukan bermakna dalam pendidikan tasawuf ,seorang alim itu perlu menjadi jahil tetapi apa yang dimaksudkan ialah walaupun ia alim dalam ilmunya,ia mestilah bertawadu dan menjadi jahil dalam ilmu yang tidak ia ketahui.Inilah yang diperintah oleh Allah swt dalam Al Quran,*

*🔏“Maka bertanyalah kepada orang orang yang berilmu(yang ahli),jika kamu tiada mengetahui”(Al Anbiya`:7)*

*🔏Jika hendak berguru dengan seorang yang dianggap alim dalam latihan nafsu,dia perlu mentaatinya untuk penyembuhan nafsunya.jika dia merasa sudah pandai dan nafsunya sudah baik,tidak perlu dia mencari mursyid kerana itu hanya membuang masa.Tetapi jika benar dia mentaatinya ,dia akan mendapat natijah yang hebat sehingga keilmuannya bertambah,memiliki hikmah yang tinggi dalam setiap pembicaraan dan penghuraian seperti Imam Ghazali ,Syeikh Abdul Qadir al jailani,Shah Waliyullah dan lain lain lagi.*

*🔏Ulama Ulama dahulu amat tawadu,walaupun diri mereka bergelar ulama dan mujtahid,mereka tetap mencari Syeikh dalam bidang rohani untuk mendapatkan bimbingan .Sebagaimana Iman Ghazali dengan Syeikhnya Ali Farmadi.Imam Syafie pula sering datang kepada Asy Syaiban,seorang pengembala kambing.Beliau duduk dihadapannya seperti seorang pelajar duduk di dalam kelas,lalu ia bertanya bagaimana itu dan ini?Kemudian seseorang berkata kepada Imam Syafie,”Orang inikah (Badwi)anda bertanya kepadanya?’’.Beliau menjawab “Sesungguhnya orang ini mengetahui sesuatu yang aku tidak ketahui.”.*

*🔏“Anakku,kamu harus duduk bersama orang orang sufi,kerana mereka adalah mata air ilmu dan mereka tetap mengingati Allah dalam hati mereka.Mereka orang orang zuhud dan memiliki kekuatan rohani yang tinggi”Tanwirul Qulub,Syaikh Amin Al Kurdi.*